Tuesday, March 24, 2009

Ucapan Dasar AGM Kali-3 : Memasyarakatkan ALumni

Antara Intipati Ucapan Dasar Presiden

4. Tema muktamar kali ini ialah “MEMASYARAKATKAN ALUMNI” dengan
mengambil ruh yang sama dengan tema muktamar PAS kali -54 iaitu PAS FOR ALL. Daripada tema muktamar kali ini diharapkan semua anggota sedar bahawa tugas kini melangkah satu langkah ke hadapan. ALUMNI tidak boleh lagi hanya berada di dalam kepompong kita sahaja tanpa memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. Kita telah menyahut seruan ALUMNI PUSAT untuk menubuhkan NGO. Melalui penubuhan NGO juga diharapkan dapat menjadi jambatan dalam usaha pelebaran dakwah kepada masyarakat khususnya golongan remaja.

Kelangsungan Tarbiah
6. Tarbiah Islamiyyah merupakan proses yang mengambil berat untuk
memperlengkapkan manusia dalam semua sudut kehidupannya, rohani, jasmani dan akliahnya, memastikan mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Setelah kita bergraduasi di kampus, maka kita juga turut bergraduasi daripada jemaah islam kampus. Selepas gred, kita sudah terlepas dan tidak terikat dengan pentarbiahan kampus lagi. Ada diantara kita menarik nafas lega kerana sudah tidak perlu ditarbiah dan mentarbiah. Pemikiran dan sikap sebegini silap sama sekali.

14. Antara agenda Tarbiyyah ALUMNI ialah:
a) Semua ahli mesti mengikuti usrah cawangan, usrah kawasan ataupun mana-mana usrah yang diadakan oleh PAS.
b) Setiap anggota ALUMNI mesti berusaha mengikuti kelas ILHAM anjuran LTK Pas bagi tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan.
c) Setiap ahli mesti beriltizam dengan majlis ilmu di masjid, surau ataupun kuliah-kuliah yang dijalankan oleh jamaah.

NGO ALUMNI
15. ALUMNI melangkah setapak kehadapan dengan berusaha mewujudkan NGO.
Dengan merujuk kepada perbentangan ”Pembentukan & Penentuan Halatuju Strategik ALUMNI pada 6/2/2005 bahagian POLISI 1.4a iaitu “Mewujudkan badan bebas seperti NGO”.

bersambung....