Wednesday, August 8, 2007

Jom, kongsi sebuah kisah bermanfaat!

PAPA....bacakan cerita ini.

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

"Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.

"Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.

"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."

"Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.

Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.

"Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.

"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur.

Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh khabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.

"Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya.

Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat disisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.

Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.

Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.

Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usup-usup kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya? pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

p/s : Moga BESAR manfaatnya.

Saturday, August 4, 2007

Rindu

Rindu

Aroma mawar merah itu
Menyapa laman
Sungguh, terkesan ingatan yang pijar
Musim anak-anak, remaja dan

Santai yang dilalui
Meredah alam dewasa yang
Menuntut tabah
Sungguh, terkesan semua itu
Tidak akan berulang


Dingin pagi yang menyelinap
Aroma mawar merah itu
Menyapa lagi
Rindu pada laman pada
Daerah kelahiran pada
Musim pencarian nilai
Persahabatan – nilai ketulusan
Bila segalanya berpintal
Menyimpul diri

Bila segalanya berpadu
Menyatu hati
Rindu itu menyala
Rindu itu membara
Sungguh, rindu!



Sunday, June 10, 2007

KL Banjir


Moga dugaan ini membuka mata dan hati warga Malaysia. Bandaraya yang disanjungi..kini bermandi air.

Sunday, May 27, 2007

blog oh blog...


blog oh blog...hari ni menjadi alat utama untuk pelbagai agenda. ada yang buatnya sebagai medan melepas perasaan sehari-hari(biasalah tu, jurnalkan..). ada yang buat sebagai pameran koleksi hobi(letak foto atau cerita-cerita). ada yang buat medan mengumpulkan kengkawan( cam blog ni..ye ke?). selagi mana blog tersebut menjadi satu wadah pada info yang baik, berguna lagi membina minda, saya amat sokong. TAPI sepertimana kenyataan akhbar metro semalam (ahad 27/5/07) ada blog2 yang memaparkan unsur2 yang tidak patut... seperti ajaran sesat Si Kahar yang mmg dah sesat, ada yang wat cerita-cerita@video@gambar2 porno dll. ni yang buat rasa geram..menyalahgunakan kemudahan. huhu...mmg tak dinafikan pada satu-satu perkara ada 'manusia yang jahat' begini. sedih btul camni.. walaupun aku bukan bloggers yang aktif, tp GERAM betul ngan sikap manusia camtu.. Blog ni satu medan yang BEST sebenarnya...sebab kita blh meluahkan pro and kon pada isu, medan atau ruang pada penyokong parti2 politik untuk meluah kebenaran. itu best, akan nampak sejauhmana daya intelektualisme mereka. secara logiknya, mmg nampak masalah dalam demokrasi kat malaysia ni..contoh paling mudah, media dikawal sepenuhnya satu pihak, aku rasa dah terlalu mual digula-gulakan dengan pelbagai pembangunan dan retorik ekonomi. sedey la bila fikirkan masa depan bangsa camni... alamak, dah kuar tajuk skit. so, kepada bloggers yang aktif, whut do u think? aku cuma bimbang kalo2 blog ni pun akan dikawal, kena daftar dll...huhu..tak bestnya kalo keadaan itu berlaku..

Wednesday, May 2, 2007

kembara...

Kali ni sebuah nasyid yang popular di bumi waqafan kat musolla Khadijah...slalunya dinasyidkan oleh putri-putri antara waktu solat(maghrib&isya'), atau bebila.. Sarikata yang penuh makna ini berkaitan hakikat perjalanan insani sebagai kembara di bumi-NYA...

Berjalan di bumi yang tandus ini penuh duri
Tanpa sedar, dan penuh lalai

Usia beredar penuh kejahilan
Dan kemusnahan

Mengembara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa arah yang sejati

Tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci
Hidup terumbang-ambing sendiri..sendiri

Tuhanku dengarlah bicara hati ini
Dariku insan sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasihMu

Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga diterima disisiMu
Sebagai bekalan negeri abadi


Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yang sekian lama menutup jiwa

Sunday, April 29, 2007

Dunia Baru ISLAM

hehe..jadi mcm jd blog nasyid plak...lagu2 yang dipaparkan semuanya lagu yang terhangat di pasaran masa di sana dulu... kali ni lagu dunia baru Islam. Hmm..tringat plak masa first time blaja lagu ni kat RSK,junior lagi..buat miming je =)

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang Era gemilang
Ketika rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panas yang membakar lawan

Di celah itulah..kami mengatur langkah
Membina sebuah thaifah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggan utuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah ALLAH
Agar terbangun Dunia Baru ISLAM..

Hikmah pada takdir-MU..


Coretan yang indah..dari komen Ujian Kehidupan di Perantauan (saifulislam.com)

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu…
Pasti akan damailah hatimu, kerana,
masakan ALLAH sengaja mentakdirkan,
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu, kerana,
DIA tahu hati yang sebeginilah,
yang selalunya lebih lunak
dan mudah untuk dekat
dan akrab denganNYA..

bluecar!

Petang itu..dalam hujan renyai-renyai,abang wan mengajar sebuah lagu. Mula-mula rasa malas nak dengar, malas nak hafal..maklumlah keadaan rasa kurang selesa. Kini, lagu inilah yang menjadi pemangkin jiwa, penguat semangat dan kenangan yang manis buat semua..

Kediinginanmu membangkitkan kenangan lalu
kita bertamrin mendidik hati yang satu

Dalam menuju keredhaan ILahi
Menyerah diri dengan sepenuh hati

Unggas rimba berkicau riang
Menyanyi lagu madah pujangga
Dan memuji kebesarannya pencipta maya

Embus menitis jatuh berderai ke bumi
Mengiringi terbitnya mentari pagi
Embun kering hilanglah pagi berseri
Lumrah perjalanan alam ini

Kita sama saling mentarbiyah diri
Menangisi dosa waktu malam sepi
Mengabdikan diri kepada Ilahi
Demi cinta sejai
Demi sebuah cinta yang suci murni

KepadaMU ALLAH aku serahkan
Segala amalan sebagai ukuran
Iringan doa daku panjatkan
Demi kedamaian...

Saturday, April 28, 2007

Rabitah Hati =)

Hati ini telah bersatu
Berkumpul diperbumi-MU
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwah-MU
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat, Untuk mendokong syariat-MU
di alam maya
Maka Ya ALLAH,
Eratkanlah, Ikatan yang ada (2X)

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahaya-MU
Tiada malap terangi alam-MU
Hidup suburkanlah dengan ma'rifat-MU
tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia (2X)

Friday, April 27, 2007

ahlan wasahlan.

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

Jika bukan kita, siapa lagi?
Jika bukan di sini, dimana lagi?
Jika bukan sekarang, bila lagi?

Tiada alasan untuk kita berkata TIDAK untuk menyeru dakwah..

"Jika ALLAH s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari." (Riwayat At-Tabrani)
sumber : Dakwah Fardiyyah oleh Mustafa Masyhur.